Friday, 2 November 2012

Belangsungkawa


Pada 31 Oktober 2012 seluruh warga SMK Kabogan II dikejutkan dengan berita kematian seorang pendidik yang sangat berdedikasi di sekolah ini iaitu Cikgu Hayati Binti Undok, pemergian beliau merupakan satu kehilangan yang besar buat sekolah ini. Beliau meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu sewaktu menjalani rawatan penyakit barah yang dihidapinya. Jenazah Allahyarham selamat dibawa ke Semporna dan dikebumikan pada hari yang sama. Sesungguhnya insan yang berjiwa mulia namanya akan tetap harum mewangi. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas ruh Cikgu Hayati dan memberi ketabahan kepada seluruh ahli keluarganya. Al-Fatihah.

Sesungguhnya dunia hanyalah sebuah persinggahan, dan akhirat jualah kediaman kita yang kekal.

Daripada Abu Hurairah r.a katanya,, Rasulullah s.a.w telah bersabda : Jika anak Adam itu meninggal dunia, maka amalannya akan terputus kecuali tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.'' (Hadith riwayat Muslim).