Sejarah Sekolah


Sekolah Menengah Kebangsaan Kabogan II (SMKK2) merupakan sebuah sekolah menengah yang telah didaftarkan pada bulan Januari 1999 di Jabatan Pelajaran Negeri Sabah. Walau bagaimanapun penempatan guru dan pengambilan pelajar yang sebenar hanya bermula pada  19 Julai 1999.

Sebagai sebuah sekolah menengah kebangsaan yang baru di daerah Semporna, penghantaran dan penempatan kakitangan dan pelajar adalah dilakukan secara berperingkat-peringkat. Peringkat pertama bermula dengan penempatan seorang Pengetua iaitu Encik Abd. Manang Hj. Osman dan seorang Pembantu Tadbir iaitu Encik Mohd.Salleh Dunggulah.

Penempatan tersebut diikuti pula oleh kumpulan yang kedua terdiri daripada Guru-guru Sandaran Tidak Terlatih iaitu; Encik Mohd. Amin Mem, Encik Abd. Harun Madjaraha dan Encik Abd. Rashid Surubaya. Penempatan seterusnya terdiri daripada tiga orang guru dari Semenanjung Malaysia, lulusan Diploma Pendidikan (KPLD)  iaitu; Encik Azlan Abdullah, Puan Roselia Maddan, Puan Noor Rafidah Kasdimin

Ini diikuti dengan pengubahsuaian penempatan enam orang guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bugaya. Mereka terdiri daripada Encik Mohd. Jakarah Imam Asmad, Encik Ahmad Raud Juppakal, Encik Abdul Rasul Hj. Hussein, Encik Abdullah Osman, Encik Mohd. Sattah Abd. Rashid dan Puan Hajjah Hazizah Salam.

Penghantaran kakitangan untuk SMK Kabogan II dalam tahun 1999 berakhir dengan penempatan seorang Pembantu Am, seorang Guru Sandaran Tidak Terlatih (Agama), seorang Guru Siswazah dari Semenenjung Malaysia dan seorang Guru Pendidikan Khas yang bertukar dari Kota Kinabalu. Mereka ialah Encik Jamiruddin Jaddal, Ustazah Sharifah Hashimah  Mohd. Ali, Cik Salina Noh dan Puan Sitti Maryam Maming.

Pelajar-pelajar yang ditempatkan di sekolah ini adalah merupakan para pelajar yang diambil dari Sekolah Menengah Kebangsan Tagasan seramai 191 orang. Perpindahan para pelajar dari sekolah berkenaan ke SMK Kabogan II adalah didorong oleh faktor lebihan pelajar yang agak besar di sekolah berkenaan selain faktor lokasi SMK Kabogan II yang berhampiran dengan SMK Tagasan. Pada ketika itu SMK Kabogan II masih lagi menumpang di Sekolah Kebangsaan Tagasan.

Pelajar-pelajar yang ditempatkan di sekolah ini adalah merupakan para pelajar yang diambil dari Sekolah Menengah Kebangsan Tagasan seramai 191 orang. Perpindahan para pelajar dari sekolah berkenaan adalah didorong oleh faktor lebihan pelajar yang agak besar di sekolah berkenaan selain faktor lokasi SMK Kabogan II yang terletak tidak jauh dari SMK Tagasan.

Dalam masa yang sama juga, sebilangan pelajar tingkatan satu dari SMK Panglima Abdullah telah diarah berpindah ke SMK Kabogan II. Namun begitu tidak seorang pun yang datang mendaftarkan diri ke SMK Kabogan II kerana lokasi kedua sekolah ini yang terletak agak jauh.

Pada awal tahun 2001 SMK Kabogan II telah berpindah ke lokasi baru iaitu menumpang di SK Bubul 2 di Jalan Bubul Lama yang jaraknya kira-kira 3 KM dari Pekan Semporna. Kini, setelah lebih 10 tahun  ditubuhkan, SMK Kabogan II mengorak langkah untuk membangun dan maju dari pelbagai aspek, malah semua warga SMKK2 bertekad untuk menjulang nama Sekolah Menengah Kebangsaan Kabogan II setaraf dengan sekolah berstatus cemerlang yang lain.

1 comment:

Anonymous said...

i love this school very much i am from batch 2003 and spm on 2020