Friday 13 November 2015

Mesyuarat Staf Untuk Perancangan 2016

Satu mesyuarat penting untuk membincangkan tugas dan hal-hal berbangkit untuk melancarkan lagi persiapan 2016 telah diadakan pada 13 November 2015 bermula jam 8 pagi di bilik mesyuarat SK Bubul II.

Semoga ianya menjadi pemangkin dan pembakar semangat untuk melakar kejayaan pelajar-pelajar SMK Kabogan II untuk tahun hadapan.

Majlis Annual Dinner Kelab Staf SMK Kabogan II 2015

Kelab staf SMK Kabogan II telah menutup aktiviti sepanjang tahun 2015 ini dengan mengadakan majlis makan malam bersama-sama semua pentadbir, guru, dan staf pada 11 November 2015 bertempat di Dewan Sambulayang, Hotel Seafest Semporna.

Pelbagai aktiviti dan permainan telah diadakan bagi memeriahkan lagi acara. Semoga silaturahim yang terjalin erat sesama staf dapat memacu kejayaan sekolah ke pencapaian yang lebih hebat di masa hadapan.

Untuk tahun 2015, Pengerusi kelab guru dan Staf SMK Kabogan II telah dipimpin oleh pengerusinya Ustaz Muhammad Ishak Bin Zaini dan timbalannya Pn Hajah Siti Maryam Maming.

 
 
 
 
 

SMK KABOGAN II @ google earth & google maps

Melalui aplikasi telefon pintar 'google earth' atau 'google maps', atau melalui capaian sebarang pelayar internet di laptop (Internet Explorer, Mozilla Firefox, dan Google Crome), Pelajar dan guru boleh melihat pemandangan sekolah kesayangan kita ini dari sudut pandangan atas, dan meneroka setiap bangunan dan prasarana yang berada di sekolah ini. 

Cubalah anda pasti teruja. Sila juga untuk meneroka permandangan seluruh daerah Semporna bagi menambahkan pengetahuan, minat dan kecintaan anda terhadap daerah tercinta ini. Ianya percuma asalkan ada capaian internet.

Ianya juga sangat membantu dalam menentukan arah kiblat bagi umat Islam. Cara paling mudah ialah melihat lokasi anda berada dan cuba perhatikan arah kiblat masjid yang terdekat dengan lokasi anda, asalkan arah kiblat masjid yang terdekat itu juga tepat. Selamat mencuba. :)

cuba kenapasti di manakah lokasi setiap bangunan yang terdapat di sekolah ini.
 
Terbang lebih tinggi melihat Kg Bubul Lama dan Pekan Semporna pula

Saturday 7 November 2015

Jagathon peringkat daerah Semporna

Acara jagathon peringkat daerah semporna telah diadakan di stadium mini Semporna, disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat dan penglibatan kesemua sekolah-sekolah di daerah Semporna. Acara disempurnakan oleh YAB Dato Seri Hj Shafie bin Hj Apdal, Ahli parlimen Semporna.

Friday 6 November 2015

Majlis menandatangani buku rekod dan pendaftaran sesi persekolahan 2016

Tahniah diucapkan kepada pelajar yang berjaya dan semoga terus berjaya di masa hadapan. Bagi pelajar yang kurang bernasib baik, sila gandakan usaha anda untuk mencapai kecemerlangan di masa akan datang.

Tuesday 13 October 2015

Futsal Persahabatan Guru dan Pelajar

Satu perlawanan persahabatan antara guru dan pelajar telah diadakan di gelanggang futsal Kg Cina, Semporna pada 13 Oktober 2015 bertujuan mengeratkan lagi tali silaturrahim sesama guru dan pelajar. Perlawanan berlangsung pada jam 4 petang dan berlangsung dengan begitu sengit dengan kesemua pasukan saling berbalas gol.

Bagi kategori lelaki perlawanan telah dimenangi oleh pasukan cikgu Dandai, manakala bagi kategori wanita telah dimenangi oleh pasukan cikgu Maznah. Tahniah diucapkan kepada semua peserta.