Sunday 25 August 2013

Sambutan Aidilfitri Peringkat Sekolah SMK Kabogan II 2013

Sambutan Aidilfitri peringkat sekolah telah diadakan pada hari Sabtu 24 Ogos 2013. Beraneka juadah bertemakan hari raya telah disajikan pada hari tersebut diserikan lagi dengan warna-warni baju raya yang dipakai. Berikut dikongsikan serba sedikit gambar-gambar sepanjang majlis.









Untuk melihat lebih banyak gambar sila klik di sini

Kursus Pengurusan Sekolah 2013

Taklimat mengenai E-Operasi, SPS, SPBS, E-Hadir, SPLG, HARMIS disampaikan oleh GPK Pentadbiran SMK kabogan II, En. Dandai Hj Uddang pada 25 Ogos 2013 bertempat di Makmal Komputer SK Bubul II. 

Seiring dengan peredaran zaman yang semakin canggih ini, kursus bertujuan mamantapkan lagi pengetahuan guru-guru mengenai pengurusan sekolah yang berteraskan teknologi internet dan IT. Semoga SMK Kabogan II terus maju di persada daerah, negeri, dan negara.






Friday 2 August 2013

Majlis Khatam Al-Quran SMK Kabogan II 2013

Bersempena dengan bulan Ramadhan 2013, Panatia Pendidikan Islam telah mengadakan program Ihya Ramadhan, dan kemuncaknya pada hari terakhir sebelum cuti Hari Raya Aidilfitri telah diadakan Majlis Khatam al-Quran yang melibatkan semua pelajar di sidang pagi dan petang. 

Terdahulu sebelum majlis ini berlangsung, agihan juz-juz al-Quran untuk dibaca telah diberikan kepada pelajar-pelajar dan guru. Majlis telah dipimpin oleh ustaz Muhammad Ishak bin Zaini di mulai membaca dari surah Ad-Dhuha sehinggalah surah An-Nas kemudian diikuti dengan bacaan Al-Fatihah dan Permulaan Surah Al-Baqarah dari ayat 1-5. Semoga kita dapat membaca, menghayati serta membudayakan al-Quran dalam kehidupan seharian kita insyaAllah.