Tuesday 7 October 2014

Majlis Korban dan Aqiqah 2014



Alhamdulillah selesai suda program ibadat korban dan akikah smk kabogan 2 yang diadakan buat julung-julung kalinya petang tadi. Selama 4 jam meluangkan masa mengerah tenaga mengorbankan dua ekor sapi.

Jutaan terima kasih kepada semua rakan-rakan, guru-guru, anggota pibg, penduduk kampung serta para pelajar yang telah memberi subangan yang tidak terhingga banyaknya sama ada dari segi wang ringgit dan tenaga kerja.
Terima kasih semua

Monday 25 August 2014

Saturday 9 August 2014

Sama-Sama Kita Doakan Cikgu Talib


(Catatan diambil dari akaun Facebook Ust Ishak)

Baru balik dari melawat kawan kita cikgu Talib yang dah hampir tiga bulan terlantar sakit. Badannya makin susut, dan pergerakannya sangat terbatas. Kali terakhir beliau hadir adalah ketika sebelum sambutan hari guru peringkat sekolah yang kita adakan pada bulan mei lalu. Atas rasa semangat untuk menjayakan sambutan hari guru, maka beliau terlibat sama bermain futsal sesama guru dan pelajar smk kabogan 2. Bertitik tolak dari itu, sakit lamanya menyerang kembali.

Bermacam kisah suka duka sepanjang tiga bulan terlantar sakit dikongsi bersama kami tadi. Beliau dengan rendah hati mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua guru yang telah banyak menggantikan tugas-tugasnya di sekolah. Pengorbanan dan susah payah cikgu-cikgu semua amat dihargainya. Beliau ingin sekali untuk bertugas di sekolah namun apakan daya kesihatan tidak mengizinkan.

Cikgu Talib berkirim salam kepada pengetua dan semua warga SMK Kabogan 2. Sama-samalah kita mendoakan supaya Allah mengurniakan kesihatan yang baik kepada beliau agar dapat beliau kembali bertugas seperti biasa.

Sunday 13 July 2014

Sama-Sama Doakan Adik Cikgu Rahman


Takziah buat rakan guru, cikgu Ab Rahman Jamuan atas pemergian adiknya yang diserang lanun ketika sedang mengawal di perairan Semporna malam tadi. Seluruh warga smk kabogan 2 dan masyarakat seluruh negara turut bersedih dan bersimpati dengan nasib yang menimpa arwah serta rakannya. Semoga Allah mengganjari pengorbanannya dengan sebesar-besar ganjaran dengan berkat ramadhan yang mulia ini. Semoga Allah melindungi umat ini dari segala malapetaka dan bencana. Al-Fatihah.

Thursday 22 May 2014

Hari Guru 2014 SMK Kabogan II


Terima kasih semua yang terlibat menjayakan majlis ini terutama ahli jawatankuasa pelajar. Pelbagai aktiviti menarik bagi meraikan guru telah dirancang dan dijalankan dengan begitu baik. Syabas dan sekalung penghargaan buat ahli jawatankuasa penganjur terutama pelajar-pelajar dari tingkatan lima. 


















Saturday 19 April 2014

Selamat Datang Menteri dan Rombongan ke SMK Kabogan II


Buat julung-julung kalinya pada 19 April 2014 SMK Kabogan II telah dikunjungi oleh tiga orang menteri serentak. Seluruh warga SMK Kabogan II mengalu-alukan kunjungan seluruh rombongan menteri yang diketuai:

1- Y.B. Dato' Seri Haji Idris Bin Jusoh, Menteri Pendidikan II,
2- Y.B Datuk Mary Yap Kain Ching, Timbalan Menteri Pendidikan I,
3- Y.B. Dato' Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Selamat datang dan terima jutaan kasih diucapkan.

Juga sekalung penghargaan buat semua pentadbir, barisan guru dan kakitangan serta pelajar yang telah bertungkus lumus membuat segala persiapan yang rapi bagi menyambut kunjungan menteri dan rombongan.






Sunday 16 March 2014

Kursus Kepimpinan Pelajar SMK Kabogan II 2014

Kursus kepimpinan pelajar yang melibatkan pengawas, ketua/ penolong ketua kelas, pembimbing rakan sebaya dan pengawas pusat sumber telah diadakan pada 15 Mac 2014 bertempat di dewan terbuka SMK Kabogan II. Pelbagai aktiviti dan latihan dalam kumpulan telah diserapkan ke dalam diri peserta program supaya dapat menjalankan tugas mereka dengan lebih dedikasi, amanah dan bertanggungjawab.













Tuesday 4 March 2014

Dialog Prestasi SMK Kabogan II dengan PPD Semporna

Dialog Prestasi SMK Kabogan II dengan PPD Semporna telah berlangsung pada 3 Mac 2014 bertempat di Bilik Gerakan SK Bubul II, pelbagai agenda dibincangkan bagi mempertingkatkan lagi prestasi SPM dan PMR SMK kabogan II. Pihak PPD diwakili oleh En Arbaa manakala pihak SMK Kabogan II diwakili oleh semua guru.