Tuesday 7 January 2014

Terima Kasih, Selamat Bertugas di Tempat Baru dan Sehingga Berjumpa Lagi,

Dengan berat hati, pada Januari 2014, seorang pendidik SMK Kabogan II yang telah lama berkhidmat di sini, telah bertukar angin ke sekolah yang baru. Beliau ini ialah seorang guru yang tidak asing lagi, yang sangat berdedikasi terhadap tugasnya, dihormati oleh para guru dan pelajar iaitu Cikgu Rasid Surubaya yang telah berpindah ke SMK Abdullah II.
Terima Kasih diucapkan di atas jaya keduanya yang terlalu banyak dicurahkan di sekolah ini. Seluruh warga SMK Kabogan II akan terus mengingati jasa dan keringat yang kalian telah curahkan di sekolah ini. Kami mendoakan semoga Cikgu Rasid akan lebih berjaya di sekolah yang baru nanti. Barakallahu fik (Semoga Allah memberkahi cikgu)

Cikgu Rasid

No comments: