Monday 30 April 2012

SMK Kabogan II @ Regetta Lepa 2012

 
Bersempena dengan sambutan Regetta Lepa 2012, SMK Kabogan II tidak ketinggalan menyertai pertandingan perahu berhias yang di adakan. Perahu ini adalah hasil tangan bersama pihak PIBG, guru-guru dan para pelajar dan ianya mengambil masa beberapa minggu untuk disiapkan. Dalam perayaan tahunan masyarakat Semporna yang penuh warna warni ini, SMK Kabogan II telah mendapat hadiah saguhati bagi pertandingan perahu berhias. Tahniah dan syabas buat semua warga SMK Kabogan II.





Lebih 100 gambar guru dan pelajar SMK kabogan II sepanjang sambutan Regetta Lepa 2012 telah dimuatnaik. Untuk melihat sila klik di sini

Wednesday 18 April 2012

English Fest 2012

Activity: English Fest 2012
Organizer: SMK Kabogan, Semporna
Date: 14 April 2012
Number of Student Involved: 42 including 7 contestents for singing competition (solo, duet, group)
Achievement: 1st runner up for singing competition (group)
Teacher involved: Mardiana Sumantri, Nurleen Abdullah, Cassey Joneh



For more photos Click Here

Monday 9 April 2012

Perkhemahan Unit Berunifom SMK Kabogan II 2012

Perkhemahan Unit Beruniform SMK Kabogan II 2011 telah selamat diadakan di Indah Maya Resort, Kg Tampi-Tampi Semporna bermula pada hari Jumaat 30 Mac hingga Ahad 1 April 2012.

Tahniah kepada semua guru, AJK Pelaksana, Pasukan jurulatih Pusat Ko-Kurikulum, urusetia, E. Marzuki sekeluarga, dan peserta-peserta yang telah bertungkus-lumus menjayakan perkhemahan ini. Semoga ianya dapat diadakan lagi pada tahun-tahun yang akan datang. Berikut dikongsikan warna warni gambar-gambar kenangan sepanjang berlangsungnya perkhemahan.


Kredit untuk Ms. Cassey selaku jurugambar. Lebih 200 gambar sepanjang perkhemahan dikongsikan. Untuk melihat lebih banyak gambar Sila Klik Sini.


Saturday 7 April 2012

Kejohanan Merentas Desa Peringkat Daerah Semporna 2012

SMK Kabogan II telah dipilih sebagai tuan rumah bagi kejohanan ini. Berikut dikongsikan gambar-gambar sepanjang acara merentas desa tersebut dilangsungkan.


 Lebih banyak gambar sepanjang kejohanan sila Klik Sini.