Saturday 12 November 2016

SMK Kabogan II di Berita TV1

Kejayaan SMK Kabogan II menjadi Johan Animasi Sekolah Menengah di Sabah Screen Fest 2016 telah diabadikan dalam Berita RTM 12 November 2016. Syabas dan Tahniah.


Friday 11 November 2016

TAHUN GEMILANG BUAT SMK KABOGAN II - JOHAN ANIMASI SEKOLAH MENENGAH SABAH SCREEN FEST 2017

Satu kejayaan yang cukup manis telah terpahat dalam lipatan sejaran SMK Kabogan II kerana kita telah berjaya menjadi johan seluruh Sabah bagi ketegori animasi sekolah menengah di dalam pertandingan Sabah Screen Fest. Acara kemuncak telah diadakan pada 11 November 2017 di Hotel Shangri La Kota Kinabalu.

Syabas dan Tahniah kepada guru pembimbing Ustaz Muhammad Ishak Bin Zaini beserta pasukannya 'POYO ANIMATION' yang dianggotai oleh Ahmad Yazeed bin Dandai, Bazli Aqwa Ab Rahman, dan Mohd Miqdam Ahmad Long.

KEJAYAAN DAN KEBANGGAAN BUAT SELURUH WARGA SMK KABOGAN II






Friday 12 August 2016

Majlis Perasmian dan Pelancaran Bulan Kemerdekaan SMK Kabogan II 2016

Satu majlis perasmian pelancaran bulan kemerdekaan telah diadakan pada Jumaat 12 Ogos 2016 di dewan SMK Kabogan II, bertujuan memupuk semangat patriotik dan mencintai negara merdeka di kalangan pelajar SMK Kabogan II. 

Majlis telah dirasmikan oleh Pengetua SMK Kabogan II iaitu En Abdul Said bin Hj Mahid.

Friday 29 July 2016

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat SMK Kabogan II 2016

Satu majlis sambutan hari raya Aidilfitri di kalangan Guru, PIBG, dan pelajar SMK Kabogan II telah diadakan bertujuan meraikan kemeriahan hari raya di samping mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama warga sekolah.

Majlis yang dikelolakan oleh Kelab Staf SMK Kabogan II dan dibantu oleh Pengawas ini telah diadakan pada hari Jumaat 29 Julai 2016 di dewan SMK Kabogan II dalam suasana yang cukup meriah. 

Antara pengisian sambutan ini ialah pertandingan pantun raya, pertandingan baju cantik, penyampaian sijil kepada peserta tadarus ihya ramadan pelajar dan guru, penyampaian bantuan wang kepada anak yatim dan pelajar susah, serta pemberian duiy raya kepada semua pelajar.

Saturday 18 June 2016

Hari Menandatangani Buku Rekod dan Dialog Prestasi Bersama Ibu Bapa

Satu majlis perbincangan dengan ibu bapa mengenai pelbagai perkara untuk kebaikan pelajar dan sekolah telah diadakan telah diadakan pada 17 jun bertempat di dewan smk kabogan ii. 

Antara isu yang dibangkitkan ialah masalah kehadiran pelajar, disiplin, penggunaan henfon, dan keprihatinan ibu bapa terhadap pembelajaran anak di sekolah.

Setelah itu, ibu bapa dan penjaga telah menuju ke kelas-kelas yang telah ditetapkan bagi mengambil slip keputusan peperiksaan pertengahan tahun anak mereka di samping mengadakan perbincangan dengan guru kelas mengenai pembelajaran dan disiplin anak mereka di sekolah.

Friday 27 May 2016

Bacaan Yassin, Solat Hajat dan Ceramah Israk Mikraj

Ceramah agama mengenai israk mikraj telah disampaikan oleh al Fadhil Ustaz Hj Iqbal bin Usman Sunario al Hafiz yang merupakan seorang Pegawai Takmir Jakim di Semporna.

Thursday 26 May 2016

Sambutan Hari Guru SMK Kabogan II 2015

Satu sambutan hari guru bersama PIBG yang penuh kemeriahan telah diadakan bagi menghargai dan meraikan guru telah diadakan di SMK Kabogan II.
Syabas dan tahniah kepada ketua pelajar adik Ikvar dan pasukan pelajar yang menjayakan majlis ini dengan begitu baik sekali. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan seperti persebahan pelajar dan guru, tarian bollywood, pertandingan menganyam ketupat dan pertandingan batu seremban serta jamuan. 

Wednesday 6 April 2016

Karnival Dakwah Sekolah-Sekolah Daerah Semporna 2016 Bertempat Di SMK Bugaya

Karnival Dakwah sekolah-sekolah daerah Semporna (yang dahulunya dikenali sebagai Majlis Tilawah Al Quran) telah di adakan dengan jayanya di SMK Bugaya dan SK Bugaya pada 2 April 2016.

Pada karnival tersebut SMK Kabogan II telah menghantar beberapa wakil pelajar dalam acara Tiwalah, Menulis Khat, Syarahan Agama, dan Nasyid.

Tahniah diucapkan kepada Mohd Azhar Yahya kerana mendapat tempat ketiga dalam Tilawah Al Quran, juga kepada Mohd Syafawi Amirullah yang mendapat naib johan dalam menulis khat, serta pasukan nasyid SMK Kabogan II yang mendapat tempat keempat.

Juga sekalung tahniah kepada semua peserta dan guru-guru yang menyumbangkan segala usaha dan tenaga kepada kontijen SMK Kabogan II terutama kepada Ustazah Hazama, Ustaz Ishak, Ustazah Norhayati, Ustazah Siti Kasuma, Cikgu Hasmazatul dan Cikgu Nurleen.

Thursday 24 March 2016

Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang SMK Kabogan II 2016 (Hari Syabas)

Alhamdulillah majlis yang diadakan bagi memberi pengiktirafan kepada pelajar yang berjaya dari segi akedemik dan ko kurikulum ini telah berjaya diadakan dengan begitu lancar.

Perasmian majlis disempurnakan oleh Pn Ummai Salmah Hj Abdul Karim, Pegawai Pendidikan Daereh, Daerah Semporna.

Bagi pelajar terbaik SPM penerimanya ialah adik Noradzlina Suaib (7A), dan terbaik PT3 penerimanya ialah adik Muhammad Hafiz Abdul Mubin (8A)

Syabas dan tahniah untuk semua penerima hadiah dan sijil.

Thursday 10 March 2016

Majlis Pelancaran Program PSS dan Nilam 2016

Majlis diadakan pada 10 Mac 2016 pada jam 10 pagi. Semoga budaya ilmu dapat disemai di kalangan pelajar-pelajar SMK Kabigan II.

Thursday 28 January 2016

Kejohanan Bola Baling MSSD peringkat daerah Semporna 2016

Tahniah, SMK Kabogan II dinobat sebagai johan pada kejohanan Bola Baling MSSD bawah 18tahun peringkat daerah Semporna yang diadakan pada 28 Januari di SMK Tagasan.

Kejohanan Sepak Takraw MSSD peringkat Daerah Semporna

Tahniah, SMK Kabogan II dinobat sebagai johan pada kejohanan Sepak Takraw MSSD bawah 18tahun peringkat daerah Semporna yang diadakan pada 27 & 28 Januari di SMK Dato Panglima Jakarullah.

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Semporna

Tahniah. SMK Kabogan II dinobat sebagai naib johan pertandingan sepanduk sempena maulidurrasul peringkat daerah Semporna untuk kategori sekolah menangah.

Johan jatuh kepada SMK Bugaya II, dan tempat ketiga dimenangi oleh SMKA Tun Sakaran.

Saturday 16 January 2016

Kejohanan merentas desa smk kabogan ii

Kejohanan merentas desa smk kabogan ii bagi tahun 2016 telah di adakan pada hari sabtu 16 januari melibatkan empat kategori iaitu lelaki bawah 18 dan bawah bawah 15, serta perempuan bawah 18 dan 15.