Friday 15 November 2013

Komuniti SMK Kabogan II (Facebook)

Sila like page kami di Facebook:

Wadah interaktif alam maya untuk semua warga SMK Kabogan II merangkumi pentadbir, guru, staf sokongan mahupun ibu bapa dan pelajar. Dipersilakan untuk berkongsi sebarang makluman, ilmu, nasihat, pesanan, maklum balas dan apa-apa sahaja yang berkaitan di page KOMUNITI SMK KABOGAN II ini. Terima Kasih.

Logo Baru SMK Kabogan II

Logo SMK Kabogan II lama yang agak pudar dan bersaiz kecil


Logo baru SMK Kabogan II dengan saiz yang lebih besar dan kualiti yang lebih bagus.

 

Logo SMK Kabogan II versi rumi.


Monday 23 September 2013

Koleksi Soalan Percubaan PMR 2013 Boleh Download di Sini


Sebagai langkah pecutan saat-saat akhir menjelang PMR 2013 ini, guru dan para pelajar dipersilakan untuk memanfaatkan sepenuhnya web ini. Soalan-soalan percubaan PMR 2013 bagi kesemua subjek di seluruh negeri di Malaysia dan sekolah berasrama penuh beserta skema jawapan boleh dimuat turun ataupun dicetak terus dari laman web Melvister dan Bumi Gemilang ini. Selamat berjaya buat semua calon-calon PMR.

Sunday 25 August 2013

Sambutan Aidilfitri Peringkat Sekolah SMK Kabogan II 2013

Sambutan Aidilfitri peringkat sekolah telah diadakan pada hari Sabtu 24 Ogos 2013. Beraneka juadah bertemakan hari raya telah disajikan pada hari tersebut diserikan lagi dengan warna-warni baju raya yang dipakai. Berikut dikongsikan serba sedikit gambar-gambar sepanjang majlis.









Untuk melihat lebih banyak gambar sila klik di sini

Kursus Pengurusan Sekolah 2013

Taklimat mengenai E-Operasi, SPS, SPBS, E-Hadir, SPLG, HARMIS disampaikan oleh GPK Pentadbiran SMK kabogan II, En. Dandai Hj Uddang pada 25 Ogos 2013 bertempat di Makmal Komputer SK Bubul II. 

Seiring dengan peredaran zaman yang semakin canggih ini, kursus bertujuan mamantapkan lagi pengetahuan guru-guru mengenai pengurusan sekolah yang berteraskan teknologi internet dan IT. Semoga SMK Kabogan II terus maju di persada daerah, negeri, dan negara.






Friday 2 August 2013

Majlis Khatam Al-Quran SMK Kabogan II 2013

Bersempena dengan bulan Ramadhan 2013, Panatia Pendidikan Islam telah mengadakan program Ihya Ramadhan, dan kemuncaknya pada hari terakhir sebelum cuti Hari Raya Aidilfitri telah diadakan Majlis Khatam al-Quran yang melibatkan semua pelajar di sidang pagi dan petang. 

Terdahulu sebelum majlis ini berlangsung, agihan juz-juz al-Quran untuk dibaca telah diberikan kepada pelajar-pelajar dan guru. Majlis telah dipimpin oleh ustaz Muhammad Ishak bin Zaini di mulai membaca dari surah Ad-Dhuha sehinggalah surah An-Nas kemudian diikuti dengan bacaan Al-Fatihah dan Permulaan Surah Al-Baqarah dari ayat 1-5. Semoga kita dapat membaca, menghayati serta membudayakan al-Quran dalam kehidupan seharian kita insyaAllah.






Wednesday 3 July 2013

KEJOHANAN SUKAN DAN BALAPAN SMK KABOGAN II 2013


Kejohanan Sukan dan Balapan SMK Kabogan II kali ke-12 telah berlangsung dengan sungguh meriah pada 2-4 Julai 2013 di mana para pelajar telah bersaing dan beradu kekuatan demi kemenangan rumah sukan masing masing. Acara yang dipertandingkan antaranya lumba lari 1500m, 800m, 4×200m, 4×400m, 200m, 100m, lompat tinggi, lompat jauh, merejam lembing, lempar cakera, dan lontar peluru.

Sebanyak empat buah rumah sukan telah bertanding dalam kejohanan yang berlangsung selama tiga hari ini iaitu rumah Hornet, Hawk, Fulcrum, dan Sukhoi.

Monday 24 June 2013

Sambutan Hari Guru SMK Kabogan II 2013

Sambutan hari guru SMK kabogan II telah berlangsung dengan meriah pada 23 Jun 2013. Perbagai aktiviti menarik telah diadakan bagi memeriahkan sambutan hari guru bagi tahun ini dengan kerjasama PIBG dan juga para pelajar. Antara aktiviti yang diadakan ialah ikrar dan nyanyian guru, upacara memotong kek, persembahan pelajar, penganugerahan guru-guru, dan juga sukaneka.

Tema sambutan hari guru pada tahun ini ialah Guru Malaysia: 1 Aspirasi, 1 Agenda.













Tuesday 11 June 2013

Terima Kasih Cikgu Mahathir, Selamat Datang Cikgu Amirullah

 

Cikgu Amirullah, PK Petang SMK Kabogan II yang baru.
Siang berganti malam, dan malam berganti siang. Yang patah akan tumbuh dan yang hilang akan berganti. Begitulah lumrah kehidupan. SMK Kabogan II terpaksa merelakan salah seorang pentadbir yang disenangi di sekolah ini iaitu Cikgu Mahathir untuk berpindah ke SMK Kabogan. 

Kehilangannya amat terasa buat seluruh warga sekolah terutamanya bagi guru-guru dan pelajar di bawah pentadbirannya di sidang petang. Kepergian cikgu Mahathir di gantikan oleh Cikgu Amirullah yang berpindah dari SMK Tagasan. Semoga deligasi kecemelangan SMK Kabogan II yang dicipta oleh cikgu Mahathir dapat diteruskan oleh cikgu Amirullah. Seluruh warga SMK kabogan II mengucapkan selamat datang buat cikgu Amirullah.

Tuesday 12 March 2013

Derma Untuk Wira Negara


Sebagai tanda prihatin terhadap keluarga wira negara yang terkorban di Semporna dan Lahad Datu, warga SMK Kabogan II juga telah melancarkan satu tabung derma khas bagi tujuan membantu meringankan beban keluarga anggota keselamatan yang terkorban tersebut. Sesungguhnya jasa dan pengorbanan wira-wira negara ini amat dirasai oleh kami di Semporna.

Selain itu, warga SMK Kabogan II juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada pasukan keselamatan yang setia mengawal negara dari diceroboh oleh musuh terutama pasukan Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Polis Marin, dan Tentera Laut Diraja Malaysia. Doa kami di Semporna ini mengiringi perjuangan kalian.

Disebabkan keadaan di Semporna telah pulih seperti sedia kala, sesi persekolahan dibuka semula seperti biasa bermula 11 Mac 2013.