Sunday 26 January 2014

Penganjuran Bola jaring MSSD peringkat Daerah Semporna

Pada 23, 24, dan 24 Januari 2014, SMK Kabogan II telah dipilih sebagai penganjur pertandingan Bola Jaring MSSD yang diadakan di Dewan SMK Abdullah II. Kesemua sekolah menengah dan sebahagian besar sekolah rendah telah menghantar wakil masing-masing dalam pertandingan yang berlangsung selama tiga hari ini. Komitmen pegawai dan petugas dari SMK Kabogan II sepanjang pertandingan di bawah kelolaan Cik Mardiana Sumantri yang bekerja dari pagi hingga ke malam amatlah dipuji dan dihargai.
















Tuesday 14 January 2014

Kejohanan Merentas Desa SMK Kabogan II 2014

Kejohanan Merentas Desa SMK Kabogan II 2014 telah berlangsung pada 13 januari 2014 melibatkan kesemua pelajar. Pelajar telah melakukan larian merentas Kg Bubul Lama, Kg Bubul Laut, Kg Hj Ahlindal, Airport Semporna, Taman Nilam dan Taman Emas. Sebanyak empat kategori dipertandingkan iaitu lelaki dan perempuan bawah 18 tahun, serta lelaki dan perempuan bawah 15 tahun. Tahniah dan syabas bagi yang pemenang yang akan menggalas sebagai wakil sekolah di peringkat daerah pula.








Thursday 9 January 2014

Analisis Menyeluruh Keputusan PMR SMK Kabogan II 2013

PERBANDINGAN PERATUS LULUS DAN GPMP KPI DAN KEPUTUSAN SEBENAR 2013

-Sumber Analisis: Setiausaha PMR SMK Kabogan II 2013, Pn Cassey Joneh 

Tahniah dan syabas diucapkan buat semua pelajar, guru, dan ibubapa yang menyumbang tenaga, wang ringgit, buah fikiran, dan segalanya untuk mencapai kejayaan hingga ke tahap ini. Dan semoga pencapaian SMK Kabogan II dapat meningkat dan lebih baik lagi pada tahun-tahun yang akan datang.

Pelajar terbaik PMR 2013 SMK Kabogan II

Imbas Kembali, tiga pelajar terbaik PMR SMK Kabogan II tahun 2012:

1. NORMALIJA BT BATAK – 7A, 1C
     7A = BM, MAT, SEJ, GEO, PI, KHB(PERT), SN
     1C = BI

2. RAZNA BT BALAHUDDIN – 5A, 2B, 1C
     5A = BM, BI, MAT, PI, KHB(PERT)
     2B =SN, SEJ
     1C = GEO

3. NOORASFARINA BT JUL AKMAD – 3A, 4B, 1D
    3A = BM, MT, KHB(PERT)
    4B = BI, SEJ, PI, GEO
    1D = SN

Manakala tiga pelajar terbaik PMR 2013 SMK Kabogan II tahun 2013 pula ialah:

1. NUR FADILAH BINTI ABDUL AZIZ – 6A, 2B
     6A = BM, BI, SN, SEJ, GEO, PI
     2B = MT, KHB(PERT)
2. NOR HALIZA BINTI ABDUL SAAT – 3A, 4B, 1C
     3A = MT, SEJ, PI
     4B =BM, SN, GEO, KHB(PERT)
     1C = BI

3. MOHAMMAD FAKHRUL RADZI BIN EDDIE – 2A, 4B, 2C
     2A = BM, KHB(PERT)
     4B = BI, SN, GEO, PI
     2C = MT, SEJ

-Sumber: Setiausaha PMR SMK Kabogan II 2013, Pn Cassey Joneh

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang berjaya, semoga ianya menjadi pembakar semangat kepada pelajar-pelajar yang lain juga untuk turut sama berjaya. Juga sekalung tahniah buat ibu bapa dan guru terutamanya guru tingkatan 1,2, dan 3 yang menjadi tulang belakang di sebalik kejayaan ini.

Tuesday 7 January 2014

Terima Kasih, Selamat Bertugas di Tempat Baru dan Sehingga Berjumpa Lagi,

Dengan berat hati, pada Januari 2014, seorang pendidik SMK Kabogan II yang telah lama berkhidmat di sini, telah bertukar angin ke sekolah yang baru. Beliau ini ialah seorang guru yang tidak asing lagi, yang sangat berdedikasi terhadap tugasnya, dihormati oleh para guru dan pelajar iaitu Cikgu Rasid Surubaya yang telah berpindah ke SMK Abdullah II.
Terima Kasih diucapkan di atas jaya keduanya yang terlalu banyak dicurahkan di sekolah ini. Seluruh warga SMK Kabogan II akan terus mengingati jasa dan keringat yang kalian telah curahkan di sekolah ini. Kami mendoakan semoga Cikgu Rasid akan lebih berjaya di sekolah yang baru nanti. Barakallahu fik (Semoga Allah memberkahi cikgu)

Cikgu Rasid

Sunday 5 January 2014

Selamat Memulakan Sesi Persekolahan 2014


Cuti panjang telahpun habis, dan kini sesi persekolahan telah bermula kembali. Semoga lembaran tahun baru 2014 ini akan membakar semangat kita semua untuk lebih berjaya dari segenap sudut. Sama-sama kita berganding bahu bagi meningkatkan lagi pencapaian kita dalam akedemik, ko kurikulum mahupun sahsiah dan jati diri.