Sunday, 3 September 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung blog SMK Kabogan II ini. Sukacita dimaklumkan sebarang hebahan dan aktiviti sekolah yang terkini selepas dari tahun 2017 akan dibuat naik di Facebook Komuniti SMK Kabogan II kerana medium tersebut lebih mudah diakses dan lebih ramai pengunjung.

Sekian Terima Kasih.

Tuesday, 25 April 2017

Thursday, 16 March 2017

Keputusan SPM

Alhamdulillah keputusan SPM SMK Kabogan II 2016 yang diumumkan pagi tadi agak memberangsangkan.

Tahniah terutama kepada adik Siti Raisa (9A) yang diumumkan sebagai terbaik SPM seluruh Semporna dan adik Nasrah yang turut mendapat keputusan cemerlang (6A). Syabas dan Tahniah juga kepada guru-guru, ibu bapa, dan pelajar-pelajar yang lain.

Kejohanan Sukan Padang & Balapan SMK Kabogan II 2017

Sunday, 19 February 2017

Kursus Kepimpinan Pemimpin Pelajar SMK Kabogan II 2017

Satu kursus kepimpinan melibatkan pengawas, PRS, ketua dan penolon ketua kelas telah diadakan di SMK Kabogan II bertujuan memberi pendedahan dan motivasi kepada pemimpin pelajar dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab mereka di sekolah. Syabas dan selamat berkhidmat untuk sekolah.

Thursday, 16 February 2017

Ceramah Pergigian Oleh Dr Amirah

Pelajar SMK Kabogan II telah dikunjungi oleh pegawai dan staf perubatan dari Klinik Pergigian Hospital Semporna untuk membuat pemeriksaan gigi selama dua minggu ini. Kemuncaknya telah diadakan ceramah kesihatan gigi yang telah disampaikan oleh Dr. Amirah.

Pihak SMK Kabogan II mengucapkan terima kasih di atas perkhidmatan yang disediakan oleh pihak Klinik Pergigian Hospital Semporna.