Tuesday, 12 March 2013

Derma Untuk Wira Negara


Sebagai tanda prihatin terhadap keluarga wira negara yang terkorban di Semporna dan Lahad Datu, warga SMK Kabogan II juga telah melancarkan satu tabung derma khas bagi tujuan membantu meringankan beban keluarga anggota keselamatan yang terkorban tersebut. Sesungguhnya jasa dan pengorbanan wira-wira negara ini amat dirasai oleh kami di Semporna.

Selain itu, warga SMK Kabogan II juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada pasukan keselamatan yang setia mengawal negara dari diceroboh oleh musuh terutama pasukan Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Polis Marin, dan Tentera Laut Diraja Malaysia. Doa kami di Semporna ini mengiringi perjuangan kalian.

Disebabkan keadaan di Semporna telah pulih seperti sedia kala, sesi persekolahan dibuka semula seperti biasa bermula 11 Mac 2013.

Friday, 2 November 2012

Belangsungkawa


Pada 31 Oktober 2012 seluruh warga SMK Kabogan II dikejutkan dengan berita kematian seorang pendidik yang sangat berdedikasi di sekolah ini iaitu Cikgu Hayati Binti Undok, pemergian beliau merupakan satu kehilangan yang besar buat sekolah ini. Beliau meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu sewaktu menjalani rawatan penyakit barah yang dihidapinya. Jenazah Allahyarham selamat dibawa ke Semporna dan dikebumikan pada hari yang sama. Sesungguhnya insan yang berjiwa mulia namanya akan tetap harum mewangi. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas ruh Cikgu Hayati dan memberi ketabahan kepada seluruh ahli keluarganya. Al-Fatihah.

Sesungguhnya dunia hanyalah sebuah persinggahan, dan akhirat jualah kediaman kita yang kekal.

Daripada Abu Hurairah r.a katanya,, Rasulullah s.a.w telah bersabda : Jika anak Adam itu meninggal dunia, maka amalannya akan terputus kecuali tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.'' (Hadith riwayat Muslim).

Monday, 15 October 2012

Taklimat PAJSK 2012

PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM (PAJSK) LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA JAN 2012

Guru-guru boleh memuat turun cara pentaksiran PAJSK tersebut di sini

Friday, 29 June 2012

Tayangan Multimedia Sempena Hari Syabas 2012


Majlis Sambutan Hari Syabas SMK Kabogan II ialah majlis bagi memberi pengiktirafan kepada pelajar-pelajar yang cemerlang baik dari segi akedemik mahupun dari segi kokurikulum. Majlis dirasmikan oleh Dato' Seri Panglima Hj Mohd Shafie bin Hj Apdal, Menteri Kemajuan Wilayah dan Luar Bandar, merangkap Ahli Parlimen Semporna.

Monday, 30 April 2012

SMK Kabogan II @ Regetta Lepa 2012

 
Bersempena dengan sambutan Regetta Lepa 2012, SMK Kabogan II tidak ketinggalan menyertai pertandingan perahu berhias yang di adakan. Perahu ini adalah hasil tangan bersama pihak PIBG, guru-guru dan para pelajar dan ianya mengambil masa beberapa minggu untuk disiapkan. Dalam perayaan tahunan masyarakat Semporna yang penuh warna warni ini, SMK Kabogan II telah mendapat hadiah saguhati bagi pertandingan perahu berhias. Tahniah dan syabas buat semua warga SMK Kabogan II.





Lebih 100 gambar guru dan pelajar SMK kabogan II sepanjang sambutan Regetta Lepa 2012 telah dimuatnaik. Untuk melihat sila klik di sini

Wednesday, 18 April 2012

English Fest 2012

Activity: English Fest 2012
Organizer: SMK Kabogan, Semporna
Date: 14 April 2012
Number of Student Involved: 42 including 7 contestents for singing competition (solo, duet, group)
Achievement: 1st runner up for singing competition (group)
Teacher involved: Mardiana Sumantri, Nurleen Abdullah, Cassey Joneh



For more photos Click Here