Monday, 24 June 2013

Sambutan Hari Guru SMK Kabogan II 2013

Sambutan hari guru SMK kabogan II telah berlangsung dengan meriah pada 23 Jun 2013. Perbagai aktiviti menarik telah diadakan bagi memeriahkan sambutan hari guru bagi tahun ini dengan kerjasama PIBG dan juga para pelajar. Antara aktiviti yang diadakan ialah ikrar dan nyanyian guru, upacara memotong kek, persembahan pelajar, penganugerahan guru-guru, dan juga sukaneka.

Tema sambutan hari guru pada tahun ini ialah Guru Malaysia: 1 Aspirasi, 1 Agenda.













Tuesday, 11 June 2013

Terima Kasih Cikgu Mahathir, Selamat Datang Cikgu Amirullah

 

Cikgu Amirullah, PK Petang SMK Kabogan II yang baru.
Siang berganti malam, dan malam berganti siang. Yang patah akan tumbuh dan yang hilang akan berganti. Begitulah lumrah kehidupan. SMK Kabogan II terpaksa merelakan salah seorang pentadbir yang disenangi di sekolah ini iaitu Cikgu Mahathir untuk berpindah ke SMK Kabogan. 

Kehilangannya amat terasa buat seluruh warga sekolah terutamanya bagi guru-guru dan pelajar di bawah pentadbirannya di sidang petang. Kepergian cikgu Mahathir di gantikan oleh Cikgu Amirullah yang berpindah dari SMK Tagasan. Semoga deligasi kecemelangan SMK Kabogan II yang dicipta oleh cikgu Mahathir dapat diteruskan oleh cikgu Amirullah. Seluruh warga SMK kabogan II mengucapkan selamat datang buat cikgu Amirullah.

Tuesday, 12 March 2013

Derma Untuk Wira Negara


Sebagai tanda prihatin terhadap keluarga wira negara yang terkorban di Semporna dan Lahad Datu, warga SMK Kabogan II juga telah melancarkan satu tabung derma khas bagi tujuan membantu meringankan beban keluarga anggota keselamatan yang terkorban tersebut. Sesungguhnya jasa dan pengorbanan wira-wira negara ini amat dirasai oleh kami di Semporna.

Selain itu, warga SMK Kabogan II juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada pasukan keselamatan yang setia mengawal negara dari diceroboh oleh musuh terutama pasukan Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Polis Marin, dan Tentera Laut Diraja Malaysia. Doa kami di Semporna ini mengiringi perjuangan kalian.

Disebabkan keadaan di Semporna telah pulih seperti sedia kala, sesi persekolahan dibuka semula seperti biasa bermula 11 Mac 2013.

Friday, 2 November 2012

Belangsungkawa


Pada 31 Oktober 2012 seluruh warga SMK Kabogan II dikejutkan dengan berita kematian seorang pendidik yang sangat berdedikasi di sekolah ini iaitu Cikgu Hayati Binti Undok, pemergian beliau merupakan satu kehilangan yang besar buat sekolah ini. Beliau meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu sewaktu menjalani rawatan penyakit barah yang dihidapinya. Jenazah Allahyarham selamat dibawa ke Semporna dan dikebumikan pada hari yang sama. Sesungguhnya insan yang berjiwa mulia namanya akan tetap harum mewangi. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas ruh Cikgu Hayati dan memberi ketabahan kepada seluruh ahli keluarganya. Al-Fatihah.

Sesungguhnya dunia hanyalah sebuah persinggahan, dan akhirat jualah kediaman kita yang kekal.

Daripada Abu Hurairah r.a katanya,, Rasulullah s.a.w telah bersabda : Jika anak Adam itu meninggal dunia, maka amalannya akan terputus kecuali tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.'' (Hadith riwayat Muslim).

Monday, 15 October 2012

Taklimat PAJSK 2012

PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM (PAJSK) LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA JAN 2012

Guru-guru boleh memuat turun cara pentaksiran PAJSK tersebut di sini

Friday, 29 June 2012

Tayangan Multimedia Sempena Hari Syabas 2012


Majlis Sambutan Hari Syabas SMK Kabogan II ialah majlis bagi memberi pengiktirafan kepada pelajar-pelajar yang cemerlang baik dari segi akedemik mahupun dari segi kokurikulum. Majlis dirasmikan oleh Dato' Seri Panglima Hj Mohd Shafie bin Hj Apdal, Menteri Kemajuan Wilayah dan Luar Bandar, merangkap Ahli Parlimen Semporna.