Friday, 2 August 2013

Majlis Khatam Al-Quran SMK Kabogan II 2013

Bersempena dengan bulan Ramadhan 2013, Panatia Pendidikan Islam telah mengadakan program Ihya Ramadhan, dan kemuncaknya pada hari terakhir sebelum cuti Hari Raya Aidilfitri telah diadakan Majlis Khatam al-Quran yang melibatkan semua pelajar di sidang pagi dan petang. 

Terdahulu sebelum majlis ini berlangsung, agihan juz-juz al-Quran untuk dibaca telah diberikan kepada pelajar-pelajar dan guru. Majlis telah dipimpin oleh ustaz Muhammad Ishak bin Zaini di mulai membaca dari surah Ad-Dhuha sehinggalah surah An-Nas kemudian diikuti dengan bacaan Al-Fatihah dan Permulaan Surah Al-Baqarah dari ayat 1-5. Semoga kita dapat membaca, menghayati serta membudayakan al-Quran dalam kehidupan seharian kita insyaAllah.






Wednesday, 3 July 2013

KEJOHANAN SUKAN DAN BALAPAN SMK KABOGAN II 2013


Kejohanan Sukan dan Balapan SMK Kabogan II kali ke-12 telah berlangsung dengan sungguh meriah pada 2-4 Julai 2013 di mana para pelajar telah bersaing dan beradu kekuatan demi kemenangan rumah sukan masing masing. Acara yang dipertandingkan antaranya lumba lari 1500m, 800m, 4×200m, 4×400m, 200m, 100m, lompat tinggi, lompat jauh, merejam lembing, lempar cakera, dan lontar peluru.

Sebanyak empat buah rumah sukan telah bertanding dalam kejohanan yang berlangsung selama tiga hari ini iaitu rumah Hornet, Hawk, Fulcrum, dan Sukhoi.

Monday, 24 June 2013

Sambutan Hari Guru SMK Kabogan II 2013

Sambutan hari guru SMK kabogan II telah berlangsung dengan meriah pada 23 Jun 2013. Perbagai aktiviti menarik telah diadakan bagi memeriahkan sambutan hari guru bagi tahun ini dengan kerjasama PIBG dan juga para pelajar. Antara aktiviti yang diadakan ialah ikrar dan nyanyian guru, upacara memotong kek, persembahan pelajar, penganugerahan guru-guru, dan juga sukaneka.

Tema sambutan hari guru pada tahun ini ialah Guru Malaysia: 1 Aspirasi, 1 Agenda.













Tuesday, 11 June 2013

Terima Kasih Cikgu Mahathir, Selamat Datang Cikgu Amirullah

 

Cikgu Amirullah, PK Petang SMK Kabogan II yang baru.
Siang berganti malam, dan malam berganti siang. Yang patah akan tumbuh dan yang hilang akan berganti. Begitulah lumrah kehidupan. SMK Kabogan II terpaksa merelakan salah seorang pentadbir yang disenangi di sekolah ini iaitu Cikgu Mahathir untuk berpindah ke SMK Kabogan. 

Kehilangannya amat terasa buat seluruh warga sekolah terutamanya bagi guru-guru dan pelajar di bawah pentadbirannya di sidang petang. Kepergian cikgu Mahathir di gantikan oleh Cikgu Amirullah yang berpindah dari SMK Tagasan. Semoga deligasi kecemelangan SMK Kabogan II yang dicipta oleh cikgu Mahathir dapat diteruskan oleh cikgu Amirullah. Seluruh warga SMK kabogan II mengucapkan selamat datang buat cikgu Amirullah.

Tuesday, 12 March 2013

Derma Untuk Wira Negara


Sebagai tanda prihatin terhadap keluarga wira negara yang terkorban di Semporna dan Lahad Datu, warga SMK Kabogan II juga telah melancarkan satu tabung derma khas bagi tujuan membantu meringankan beban keluarga anggota keselamatan yang terkorban tersebut. Sesungguhnya jasa dan pengorbanan wira-wira negara ini amat dirasai oleh kami di Semporna.

Selain itu, warga SMK Kabogan II juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada pasukan keselamatan yang setia mengawal negara dari diceroboh oleh musuh terutama pasukan Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Polis Marin, dan Tentera Laut Diraja Malaysia. Doa kami di Semporna ini mengiringi perjuangan kalian.

Disebabkan keadaan di Semporna telah pulih seperti sedia kala, sesi persekolahan dibuka semula seperti biasa bermula 11 Mac 2013.

Friday, 2 November 2012

Belangsungkawa


Pada 31 Oktober 2012 seluruh warga SMK Kabogan II dikejutkan dengan berita kematian seorang pendidik yang sangat berdedikasi di sekolah ini iaitu Cikgu Hayati Binti Undok, pemergian beliau merupakan satu kehilangan yang besar buat sekolah ini. Beliau meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu sewaktu menjalani rawatan penyakit barah yang dihidapinya. Jenazah Allahyarham selamat dibawa ke Semporna dan dikebumikan pada hari yang sama. Sesungguhnya insan yang berjiwa mulia namanya akan tetap harum mewangi. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas ruh Cikgu Hayati dan memberi ketabahan kepada seluruh ahli keluarganya. Al-Fatihah.

Sesungguhnya dunia hanyalah sebuah persinggahan, dan akhirat jualah kediaman kita yang kekal.

Daripada Abu Hurairah r.a katanya,, Rasulullah s.a.w telah bersabda : Jika anak Adam itu meninggal dunia, maka amalannya akan terputus kecuali tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.'' (Hadith riwayat Muslim).