Tuesday, 7 January 2014

Terima Kasih, Selamat Bertugas di Tempat Baru dan Sehingga Berjumpa Lagi,

Dengan berat hati, pada Januari 2014, seorang pendidik SMK Kabogan II yang telah lama berkhidmat di sini, telah bertukar angin ke sekolah yang baru. Beliau ini ialah seorang guru yang tidak asing lagi, yang sangat berdedikasi terhadap tugasnya, dihormati oleh para guru dan pelajar iaitu Cikgu Rasid Surubaya yang telah berpindah ke SMK Abdullah II.
Terima Kasih diucapkan di atas jaya keduanya yang terlalu banyak dicurahkan di sekolah ini. Seluruh warga SMK Kabogan II akan terus mengingati jasa dan keringat yang kalian telah curahkan di sekolah ini. Kami mendoakan semoga Cikgu Rasid akan lebih berjaya di sekolah yang baru nanti. Barakallahu fik (Semoga Allah memberkahi cikgu)

Cikgu Rasid

Sunday, 5 January 2014

Selamat Memulakan Sesi Persekolahan 2014


Cuti panjang telahpun habis, dan kini sesi persekolahan telah bermula kembali. Semoga lembaran tahun baru 2014 ini akan membakar semangat kita semua untuk lebih berjaya dari segenap sudut. Sama-sama kita berganding bahu bagi meningkatkan lagi pencapaian kita dalam akedemik, ko kurikulum mahupun sahsiah dan jati diri.

Friday, 15 November 2013

Komuniti SMK Kabogan II (Facebook)

Sila like page kami di Facebook:

Wadah interaktif alam maya untuk semua warga SMK Kabogan II merangkumi pentadbir, guru, staf sokongan mahupun ibu bapa dan pelajar. Dipersilakan untuk berkongsi sebarang makluman, ilmu, nasihat, pesanan, maklum balas dan apa-apa sahaja yang berkaitan di page KOMUNITI SMK KABOGAN II ini. Terima Kasih.

Logo Baru SMK Kabogan II

Logo SMK Kabogan II lama yang agak pudar dan bersaiz kecil


Logo baru SMK Kabogan II dengan saiz yang lebih besar dan kualiti yang lebih bagus.

 

Logo SMK Kabogan II versi rumi.


Monday, 23 September 2013

Koleksi Soalan Percubaan PMR 2013 Boleh Download di Sini


Sebagai langkah pecutan saat-saat akhir menjelang PMR 2013 ini, guru dan para pelajar dipersilakan untuk memanfaatkan sepenuhnya web ini. Soalan-soalan percubaan PMR 2013 bagi kesemua subjek di seluruh negeri di Malaysia dan sekolah berasrama penuh beserta skema jawapan boleh dimuat turun ataupun dicetak terus dari laman web Melvister dan Bumi Gemilang ini. Selamat berjaya buat semua calon-calon PMR.

Sunday, 25 August 2013

Sambutan Aidilfitri Peringkat Sekolah SMK Kabogan II 2013

Sambutan Aidilfitri peringkat sekolah telah diadakan pada hari Sabtu 24 Ogos 2013. Beraneka juadah bertemakan hari raya telah disajikan pada hari tersebut diserikan lagi dengan warna-warni baju raya yang dipakai. Berikut dikongsikan serba sedikit gambar-gambar sepanjang majlis.









Untuk melihat lebih banyak gambar sila klik di sini