Sunday, 16 March 2014

Kursus Kepimpinan Pelajar SMK Kabogan II 2014

Kursus kepimpinan pelajar yang melibatkan pengawas, ketua/ penolong ketua kelas, pembimbing rakan sebaya dan pengawas pusat sumber telah diadakan pada 15 Mac 2014 bertempat di dewan terbuka SMK Kabogan II. Pelbagai aktiviti dan latihan dalam kumpulan telah diserapkan ke dalam diri peserta program supaya dapat menjalankan tugas mereka dengan lebih dedikasi, amanah dan bertanggungjawab.













Tuesday, 4 March 2014

Dialog Prestasi SMK Kabogan II dengan PPD Semporna

Dialog Prestasi SMK Kabogan II dengan PPD Semporna telah berlangsung pada 3 Mac 2014 bertempat di Bilik Gerakan SK Bubul II, pelbagai agenda dibincangkan bagi mempertingkatkan lagi prestasi SPM dan PMR SMK kabogan II. Pihak PPD diwakili oleh En Arbaa manakala pihak SMK Kabogan II diwakili oleh semua guru.









Sunday, 9 February 2014

Mesyuarat Agung PIBG SMK Kabogan II 2014 dan Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan

Majlis perasmian mesyuarat Agung PIBG SMK Kabogan II 2014 dan Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan telah disempurnakan oleh Tn Hj Hasbullah bin Datuk Hj Rauddah, Pegawai Khas Menteri Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar. 















Sunday, 26 January 2014

Penganjuran Bola jaring MSSD peringkat Daerah Semporna

Pada 23, 24, dan 24 Januari 2014, SMK Kabogan II telah dipilih sebagai penganjur pertandingan Bola Jaring MSSD yang diadakan di Dewan SMK Abdullah II. Kesemua sekolah menengah dan sebahagian besar sekolah rendah telah menghantar wakil masing-masing dalam pertandingan yang berlangsung selama tiga hari ini. Komitmen pegawai dan petugas dari SMK Kabogan II sepanjang pertandingan di bawah kelolaan Cik Mardiana Sumantri yang bekerja dari pagi hingga ke malam amatlah dipuji dan dihargai.
















Tuesday, 14 January 2014

Kejohanan Merentas Desa SMK Kabogan II 2014

Kejohanan Merentas Desa SMK Kabogan II 2014 telah berlangsung pada 13 januari 2014 melibatkan kesemua pelajar. Pelajar telah melakukan larian merentas Kg Bubul Lama, Kg Bubul Laut, Kg Hj Ahlindal, Airport Semporna, Taman Nilam dan Taman Emas. Sebanyak empat kategori dipertandingkan iaitu lelaki dan perempuan bawah 18 tahun, serta lelaki dan perempuan bawah 15 tahun. Tahniah dan syabas bagi yang pemenang yang akan menggalas sebagai wakil sekolah di peringkat daerah pula.