Friday, 6 November 2015

Majlis menandatangani buku rekod dan pendaftaran sesi persekolahan 2016

Tahniah diucapkan kepada pelajar yang berjaya dan semoga terus berjaya di masa hadapan. Bagi pelajar yang kurang bernasib baik, sila gandakan usaha anda untuk mencapai kecemerlangan di masa akan datang.

Tuesday, 13 October 2015

Futsal Persahabatan Guru dan Pelajar

Satu perlawanan persahabatan antara guru dan pelajar telah diadakan di gelanggang futsal Kg Cina, Semporna pada 13 Oktober 2015 bertujuan mengeratkan lagi tali silaturrahim sesama guru dan pelajar. Perlawanan berlangsung pada jam 4 petang dan berlangsung dengan begitu sengit dengan kesemua pasukan saling berbalas gol.

Bagi kategori lelaki perlawanan telah dimenangi oleh pasukan cikgu Dandai, manakala bagi kategori wanita telah dimenangi oleh pasukan cikgu Maznah. Tahniah diucapkan kepada semua peserta.

Tuesday, 7 October 2014

Majlis Korban dan Aqiqah 2014



Alhamdulillah selesai suda program ibadat korban dan akikah smk kabogan 2 yang diadakan buat julung-julung kalinya petang tadi. Selama 4 jam meluangkan masa mengerah tenaga mengorbankan dua ekor sapi.

Jutaan terima kasih kepada semua rakan-rakan, guru-guru, anggota pibg, penduduk kampung serta para pelajar yang telah memberi subangan yang tidak terhingga banyaknya sama ada dari segi wang ringgit dan tenaga kerja.
Terima kasih semua