(Catatan diambil dari akaun Facebook Ust Ishak)
Baru balik dari melawat kawan kita cikgu Talib yang dah hampir tiga bulan terlantar sakit. Badannya makin susut, dan pergerakannya sangat terbatas. Kali terakhir beliau hadir adalah ketika sebelum sambutan hari guru peringkat sekolah yang kita adakan pada bulan mei lalu. Atas rasa semangat untuk menjayakan sambutan hari guru, maka beliau terlibat sama bermain futsal sesama guru dan pelajar smk kabogan 2. Bertitik tolak dari itu, sakit lamanya menyerang kembali.
Bermacam kisah suka duka sepanjang tiga bulan terlantar sakit dikongsi bersama kami tadi. Beliau dengan rendah hati mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua guru yang telah banyak menggantikan tugas-tugasnya di sekolah. Pengorbanan dan susah payah cikgu-cikgu semua amat dihargainya. Beliau ingin sekali untuk bertugas di sekolah namun apakan daya kesihatan tidak mengizinkan.
Cikgu Talib berkirim salam kepada pengetua dan semua warga SMK Kabogan
2. Sama-samalah kita mendoakan supaya Allah mengurniakan kesihatan yang
baik kepada beliau agar dapat beliau kembali bertugas seperti biasa.
No comments:
Post a Comment